APEC卡

APEC CARD 

A. Maklumat
Kad Perjalanan Perniagaan APEC merupakan satu inisiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negaranegara APEC, Kad ini membantu menjimatkan masa dan kos ahli-ahli perniagaan di dalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk ke negara-negara APEC. Makluman permohonan akan dikongsi bersama dengan semua negara peserta untuk mendapatkan status 'pre-clearance" visa sebelum kad dikeluarkan.
Kad ini membenarkan pintu-pintu masuk di dalam negaranegara terbabit untuk memberi kemudahan aliran keluar masuk, Kad ini secara tidak langsung mempromosikan jalinan perniagaan di antara negara-negara APEC. Untuk melayakkan permohonan untuk menggunakan Kad Perjalanan Perniagaan APEC, pemohon mestilah terlibat dengan urusan perntagaan di antara negara-negara APEC.
Maklumat yang diberikan oleh pemohon di dalam borang ini akan diedarkan ke semua negara peserta bagi mendapatkan status "pre-clearance" visa. Keputusan atau kelulusan oleh negara-negara peserta akan disalurkan melalui Sistem ABTC.


B. Pernohonan Yang Layak
1.Ahli-ahli Pentadbiran dan Pegawai Kerajaan dengan sokongan Kementerian / Jabatan berkenaan,
2. Ahli-ahli Perniagaan yang sering berurusan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti perdagangan dan pelaburan dengan negara-negara APEC dan diperakukan oleh:
a) Dewan Perniagaan dan Perindustrian atau Persatuan Pekilangpekilang Peringkat  Kebangsaan,
b) Persatuan Perniagaan dan Perindustrian seperti Persatuan Pemborong dan Pemaju Perumahan peringkat Kebangsaan.
c) Badan lkhtisas bidang kejuruteraan atau perakaunan peringkat Kebangsaan.
d) Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan (seperti MlTl, MIDA, SMIDEC dan MATRADE atau seumpamanya).
3. Pemohon tidak pernah terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah.

PERINGATAN
1. Tanggungan (lsteri dan anak) kepada pemohon tidak layak memohon/ mendaoatkan kemudahan ini.
2. Pemegang kad ini dilarang menggunakan kad ini bagi tujuan bekerja di negara luar.
3. Kad ini sah untuk tujuan perjalanan perniagaan sahaja.


C. Faedah-faedah Menggunakan Kad
'1. la memberikan ahli-ahli perniagaan kemudahan yang sama dengan perjalanan tanpa visa ke negara-negara APEC melalui sistem "pre-clearance" visa yang mudah dan cepat,
2, la bukan sahaja memudahkan urusan pra-perjalanan tetapi juga memberikan laluan pantas kepada pemegang-pemegang di pintu-pintu masuk dan keluar melalui laluan khas APEC yang
diadakan di lapangan terbang utama setiap negara peserta.
3. Pemegang kad masih diperlukan untuk membawa bersama pasport mereka dan masih tertakluk kepada lain-lain syarat, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa di negara
berkenaan.


D. Negara-negara Peserta Yang Menjadi Ahli APEC
Kad Perjalanan Perniagaan APEC sahlaku untuk perjalanan ke ;
Australia, Brunei Darussalam, Chile, China, Chinese Taipei, Filipina, Hong Kong, Indoneisa, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Makluman : Sila maklum perkara berikut.
1, Kad APEC bagi pemohon akan dicetak setelah butir-butir keputusan negara-negara ahli diperolehi melalui Sistem ABTC.
2. Tidak semua negara ahli akan memberi kelulusan kepada setiap permohonan.


E. Dokumen- dokumen Yang Diperlukan
Pemohon Yang Bekerja Dalam Negara :
1. Borang Permohonan
2. Salinan Pasport Malaysia ( sahlaku lebih dari 3 tahun )
3. Surat Sokongan ( Rujuk: kepada Pemohon Yang Layak )
4. Surat Permohonan dari Majikan ( Nyatakan nama pemohon, no. pasport, jawatan, alasan untuk permohonan kad APEC & sokongan daripada majikan.)
5. Borang 49 ( Borang Pendaftaran Syarikat ) - Jika berkenaan
6. Gambar terbaru berukuran pasport - 1 keping ( Latar belakang biru ) 

Pemohon Yang Bekerja Di Luar Negara:
1. Borang Permohonan
2. Salinan Pasport Malaysia ( Sahlaku lebih dari 3 tahun )
3. Salinan Permit Kerja / PR
4. Surat Permohonan dari Majikan ( Nyatakan nama pemohon, no. pasport, jawatan, alasan untuk permohonan kad APEC & sokongan daripada majikan.)
5. Borang Pendaftaran Syarikat - Jika berkenaan
6. Gambar terbaru berukuran pasport - 1 keping ( Latar belakang biru )

Pembaharuan Kad Perjalanan Perniagaan APEC :
1. Kemukakan dokumen seperti permohonan asal
2. Kemukakan permohonan ini 6 bulan sebelum tarikh tamat kad APEC.

Kemaskini Pasport Baru :
1. Salinan pasport baru dan nyatakan nama penuh dan nombor
permohonan.

Serahkan / Kirimkan permohonan yang lengkap kepada:
Jabatan lmigresen Malaysia
Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit
Unit Kad Perjalanan Perniagaan APEC
Tingkat 3 (PODIUM), Blok 2G4, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62550 PUTRAJAYA
U/P : Unit APEC

Peringatan:
Sekiranya borang ini tidak diisi dengan lengkap, borang ini akan dikembalikan dan jika didapati anda telah memberi maklumat yang salah, JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA akan membatalkan permohonan anda.



====================================================================

SAMPLE LETTER TO CKCCCI


申请人公司致商会函件

Sample letter to CKCCCI (English)

 

(LETTER HEAD OF COMPANY)

 

Date :

 

 

The Manager,

Central Kedah Chinese Chambers of Commerce and Industry

 

 

 

 

Dear Sir

 

APPLICATION FOR APEC BUSINESS TRAVEL CARD (ABTC)

NAME OF APPLICANTXXX

PASSPORT NO. : XXX

I/C NO : XXX

 

<Name of Company> would like to apply for the APEC Business Travel Card for <Tan Sri/ Datuk/ Encik/ Puan/ Cik XXXX>; I/C No. YYYYYY-XX-ZZZZ and Passport No. A XXXXXXXX. He/ she is currently the <designation/ position in company> of <name of company>.

 

Enclosed are original copies of the application form with recent passport sized photograph, official letter to the Department of Immigration Malaysia, photo copies of passport, identity card and SSM report for your perusal. We would appreciate if CKCCCI could prepare the supporting letter and submit the application to Department of Immigration Malaysia.

 

We declare and confirm that the information contained in our application for the APEC Business Travel Card as referred to above is true and correct and indemnify CKCCCI  against any actions, claims, damages, expenses or payment that may arise from the above service.

 

Please do not hesitate to contact the undersigned if you have any enquiries.

 

 

Thank you

 

 

Yours sincerely,

 

(Signature by Director of Company)

 

 



275246 Visitors275246 Visitors275246 Visitors275246 Visitors275246 Visitors275246 Visitors275246 Visitors